Monday, January 26, 2009

Aib Hanya Darurat...

Apabila membicarakan tentang sesuatu perkara baik secara peribadi mahupun berkumpulan, perlulah ada pada seseorang itu satu garis panduan dalam membahaskan akan sesuatu isu, agar ia tidak melanggar apa yang dikatakan sebagai batasan dalam syariat Allah Ta’ala… Apa yang dimaksudkan ini, adalah berkenaan kesalahan membuka atau menyentuh aib seseorang itu secara terbuka mahupun tertutup, tanpa ada baginya keperluan ia untuk diketahui dan dihebahkan kepada khalayak ramai…

…………………….

Sabda Rasulullah s.a.w ;

……………………….

” Rasulullah bertanya kepada sahabat : tahukan kamu apa yang dimaksudkan akan ghibah ? Mereka menjawab : Allah dan rasulnya lebih mengatahui. Maka sabda Rasulullah s.a.w : iaitu kamu membicarakan tentang saudara kamu berkenaan apa yang tidak ia sukai. kemudian mereka berkata : Bagaimana dengan apa yang diperkatakan itu ada pada dirinya . sabda Rasulullah s.a.w : jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan, maka bererti kamu mengumpatinya, dan jika apa yang kamu katakan itu tidak terdapat pada dirinya, maka bererti kamu telah menuduhnya “. ( Hadith riwayat Muslim )

………………………………………

Apa yang diperkatakan disini, bukanlah bertujuan untuk membela mana-mana pihak tertentu, baik pihak A mahupun pihak B. Akan tetapi, ianya dikira sebagai satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk memperbetulkan sesuatu perkara, yang dilihat padanya mempunyai kesalahan yang mana perlu diperbetulkan bagi kebaikan semua…

………………………….

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

…………………………………

” Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung ” . ( Surah Al-Imran : 104 )

……………………….

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi said Al-Khudri ;

……………………………………..

” Sesiapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran, maka hendak diubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu ( diubah ) dengan perkataan, jika tidak mampu ( diubah ) dengan hatinya ( membenci akan perkara tersebut ), sesungguhnya ia selemah-lemah iman “. ( Hadith riwayat Muslim )

………………………………

Kata Al-Imam Al-Nawawi : ” Perkataan nabi s.a.w ” hendaklah ia mengubahnya ” adalah perintah wajib secara sepakat umat islam. Mewajibkan Al-Amr bi Al-Ma’ruf dan Al-Nahy an Al-Mungkar ini bertepatan dangan Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma’ “. ( Syarah Sohih Muslim, J 1, m/s : 217 )…

……………………………………………………..

Berkata As-Syeikah Al-Imam Ibn Taimiyyah : ” Oleh kerana ini menjadi setiap batasan amalan soleh, maka menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah akan kemungkaran itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh “. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 14, m/s : 344 )…

………………………………….

Hal ini menerangkan, berkenaan kewajiban insan dalam menyeru akan kebaikan dan menegah akan kemungkaran. Perkara ini juga, termasuklah apa yang diperkatakkan disini, berkenaan kesalahan membuka aib seseorang tanpa nas mahupun dalil syara’ yang membenarkannya untuk diperkatakan dalam sesuatu perbualan, penulisan mahupun perbahasan yang dilakukan… Pada masa yang sama, dalam kita memperbetulkan perkara ini perlulah ia diperlakukan dengan keadilan dan kesaksamaan tanpa cenderung kepada mana-mana pihak ataupun kaum kerabat…

………………………………..

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

…………………………………….

” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )

……………………………

Dan janganlah pula kebencian kepada sesuatu pihak menyebabkan ia tidak berlaku adil dan berpihak kepada satu puak mahupun golongan yang dipersetujui…

…………………………..

Firman Allah Ta’ala * maksudnya ) ;

…………………………………………….

” wahai orang-orang beriman ! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “. ( Surah Al-Nisa : 135 )

………………………………

Aib adalah sesuatu kecacatan, percakapan mahupun perbuatan yang mampu menjatuhkan maruah individu apabila ia dipertontonkan dikhalayak ramai, dan perkara itu dipandang serong apabila ia disebut mahupun dibicarakan berkenaannya… Di dalam islam, menjadi satu kesalahan apabila memperkatakankan akan keaiban seseorang tanpa baginya sesuatu kepentingan untuk ia diperhebahkan…. Malah di dalam nas-nas Al-Quran, banyak memperkatakan berkenaan larangan bagi manusia membuka aib seseorang itu tanpa sebarang keperluan…

………………………..

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya) ;

…………………………………

” Wahai orang-orang beriman ! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang )kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? maka sedah tentu kamu jijik akannya. ( Oleh itu, patuhila akan larangan-larangan tersebut ) dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani ” . ( Surah Al-Hujurat : 12 )

………………………………

Para ulama’ dalam mentafsirkan ayat tersebut berkenaan ” tajassus ” , mereka amat terliti dalam memberikan atau mengeluarkan pandangan berkenaan maksud ayat tersebut… kata Al-Imam Al-qurtubi dalam mentafsirkan ayat ( janganlah kamu mengintip ) : ” Janganlah kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu janganlah kamu mencari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah Allah menutupnya “. ( Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, J 16, m/s : 333 ) …

………………………………….

Berkata Ibn Abbas : ” Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain “ . Kata Mujahid : ” Ambillah apa yang nyata, dan tinggallah apa yang Allah tutupi”. berkata Al-Qatadah : ” tahukah kamu apa itu tajassus ? iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya” . Kata Ibn Zaid : ” tajassus itu kamu berkata : Sehingga aku dapat lihat keasalah itu, aku bertanya mengenainya untuk mengatahui adakah ianya benar ataupun tidak “. ( Al-Tafsir Al-Tabari dan Al-Tahzib, m/s : 7 dan 41 )…

…………………………………………..

As-syeikah Dr. Wahbah Zuhaili berkata : ” janganlah kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslim, janganlah kamu menyingkap setelah apa yang mereka cuba untuk menutupinya dan janganlah kamu cuba melihat akan rahsia-rahsia mereka ” . Beliau jugak menyebut : ” tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi mahupun rahsia “. ( Al-Tafsir Al-Munir, m/s : 255 dan 263 )…

………………………………….

Adapun di dalam nas-nas daripada As-Sunnah, yang menghalang akan perbuatan insan untuk membuka aib seseorang tanpa baginya keperluan dan kemudaratan untuk dibicarakan, malah perkara seperti ini amatlah ditegah oleh agama islam itu sendiri berpandukan hadith-hadith berikut…

……………………………………….

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Barzah Al-Aslami ;

…………………………….

” Wahai sekalian ( insan ) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibanya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya “. Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad , Hadith sohih )

………………………………………………………………

As-Syeikh As-Salim Id Al-Hilali dalam mensyarahkan hadith -hadith Riyad As-Salihin berkata : ” Tajassus bermaksud mencari dan menyelidik keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan As-Sunnah telah melarang akan hal ini. sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan beliau berusaha untuk menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahanya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh-bolehnya” . ( Bahjah Al-Nazirin, J 3, m/s : 92 )…

……………………………………………

Sabda Rasulullah s.a.w dari Mu’awiyah ;

………………………………

” sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka, atau hampir merosakkan mereka. kata Abu Darda : itu adalah perkataan yang Mu’awiyah dengar daripada Rasulullah, Semoga Allah memberi manafaat kepadanya dengan perkataan tersebut “. ( Hadith riwayat Abu Daud, dengan sanad yang sohih )…

………………………………..

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab keatas setiap muslimin untuk menjaga keaiban dirinya mahupun orang lain, kerana menjaga keaiban itu adalah perkara yang diperintahkan keatasnya dan membuka keaiban diri sendiri mahupun orang lain adalah termasuk perkara yang amat ditegah oleh islam. Hal ini bersabit dengan dalil-dalil sohih yang bertepatan dengannya…

……………………………………………….

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

………………………………………………

” Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampaui terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan “. ( Surah Al-Hujurat : 9 ) ….

………………………………………….

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

…………………………………………

” Tiada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaan diantara manusia “. ( Surah An-Nisa : 114 )

………………………………………..

…………………………………………

Wallahhu Ta’ala A’lam…

…………………………………..

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

Ihsan dari : https://minitramways.wordpress.com/

Monday, January 19, 2009

Israel Laknatullah Menang?...

[Sumber Utusan]
Rejim Zionis mengisytiharkan kemenangan dalam misi serangan ke atas Gaza.

Kabinet Israel turut mengumumkan gencatan senjata sementara.

Hamas bersetuju gencatan senjata tetapi memberi tempoh seminggu untuk tentera Yahudi berundur sepenuhnya dari Gaza.

Pada masa sama, jet-jet pejuang Israel masih melancarkan serangan, seterusnya menimbulkan kebimbangan pertempuran berlaku semula.




Khabar ini dipetik dari Utusan 19 Januari 2009, akhirnya rejim zionis laknatullah telah akur dengan gencatan senjata yang didesak oleh PBB sebelum ini..Tapi persoalannya, adakah pencabulan ke atas bumi Palestin akan berakhir?...malah rejim zionis telah menobatkan diri mereka sebagai juara dalam "perdebatan darah" yang berlaku selama 22 hari sejak akhir Disember lepas...

Bagi saya itu hanyalah gimik semata2...Israel tidak akan mengaku kalah selagi yang bernama Palestin itu masih wujud, tentera Hamas, rakyat Palestin, ibu2 palestin, hattakan kanak2 yang berwarganegarakan Palestin juga tidak akan terlepas...bagi mereka darah orang Islam adalah bagi mereka....

Mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja wahai muslimin dan muslimat...Penganiayaan mungkin akan diteruskan lagi...Rakyat Palestin mungkin dapat mengurut dada buat sementara waktu..tapi semuanya telah terlambat, mak ayah, isteri, anak2 mungkin telah tiada dek robekan dan mamahan tentera Israel laknatullah...

Marilah kita sama2 doakan agar mereka yang telah pergi agar dicucuri rahmat dan kurniaan pangkat Syahid selayaknya untuk mereka...Doakan juga agar kita umat Islam diberikan kesedaran dan lebih kekuatan untuk terus melawan kuffar yang semakin angkuh..Segala apa yang telah berlaku di bumi Palestin adalah merupakan amaran untuk kita, peringatan dari Allah supaya kita bangun dari lena, dari mimpi kemewahan dan keasyikan dunia yang sementara...Ayuhai Syabab...jihad menanti kita...bersedialah dari sekarang...

Sunday, January 18, 2009

Tindakan Kejam Israel...Kanak2 4 Tahun Dibiarkan Dimakan Anjing

Sungguh biadab yang dilakukan tentara zionis Israel, laknatullah, setelah mereka membunuh orang-orang yang tidak berdosa, mereka melemparkan tubuh-tubuh tersebut ke arah anjing-anjing yang tengah kelaparan.



"Ya Allah, aku tidak pernah melihat pemandangan yang mengerikan seperti ini," jerit Kayed Abu Aukal. Dokter tersebut tak percaya dan tak tahu lagi kata-kata apa yang bisa diungkapkan untuk menggambarkan kekejian Israel. Dia tak percaya, dirinya sendiri telah melihat sisa Jenazah balita Shahd. Tubuh anak kecil perempuan yang berumur 4 tahun itu terkoyak-koyak dimakan anjing-anjing Israel.

Shahd tewas dan telah menjadi syuhada cilik ketika peluru kendali Israel ditembakkan ke belakang rumahnya di Kamp Pengungsian Jabaliya sebelah Utara Jalur Gaza. Saat itu, gadis cilik yang lucu tersebut tengah bermain.

Orangtua Shahd mencoba menyelamatkan putri kesayangannya yang telah bersimbah darah itu. Ketika ia mencoba mengambil jasad Shahd, pasukan teroris Israel menghujaninya dengan tembakan dari kejauhan.

Selama lima hari berkutnya jasad gadis balita itu telah terkoyak-koyak dirobek anjing yang dilepaskan oleh tentara Israel. "Anjing-anjing itu tidak menyisakan satu bagian pun dari tubuh anak kecil itu," kata Abu Aukal.

“Kami telah melihat pemandangan yang menyayat hati selama 18 hari ini. Kami telah mengambil jasad anak-anak yang tubuhnya robek atau terbakar, tetapi belum pernah kami melihat hal seperti ini,” katanya lagi.

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih balita menjadi santapan anjing-anjing tentara Israel, saudara laki-laki Shahd bernama Matar dan sepupunya bernama Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd. Keduanya pun dihujani peluru Israel sebelum keduanya dapat mencapai tubuh Shahd. Matar dan Muhammad pun menjadi syuhada, menambah daftar warga palestina yang syahid yang hingga hari ini telah mencapai 1.001 orang syahid sejak pembantaian 27 Desember lalu.

Sengaja

Omran Zayda, seorang tetangga Shahd, mengatakan, orang Israel mengetahui apa yang mereka lakukan itu. “Mereka memburu keluarga Shahd dan mencegahnya untuk sampai ke tubuh Shahd, dan mereka tahu bahwa anjing-anjing itu akan memakannya,” kata Zayda.

“Mereka tidak hanya membunuh anak-anak kami, mereka sengaja melakukannya dengan cara yang paling kejam dan biadab,” Zayda mengungkapkan perasaannya, bahkan kamera, tidak dapat menggambarkan pemandangan yang mengerikan itu.

"Kalian tidak akan pernah membayangkan apa yang telah dilakukan oleh anjing-anjing itu terhadap tubuh Shahd yang tak berdosa itu,” katanya sambil terisak dan mencucurkan air matanya.

Sejumlah warga palestina mengungkapkan, apa yang menimpa Shahd bukanlah yang pertama. Banyak warga mereka mengalami hal yang sama dengan Shahd. Di Jabaliya, saat keluarga Abd Rabbu sedang memakamkan tiga anggota keluarganya yang telah syahid, pasukan biadab Israel menembaki mereka, kata saksi mata.

Orang-orang pun berlarian mencari perlindungan dari tembakan brutal itu. Tentara-tentara Israel kemudian melepaskan anjing-anjingnya ke arah jenazah anggota keluarga Abdu Rabbu yang belum sempat dimakamkan itu. “Apa yang terjadi kemudian sangat mengerikan dan tidak bisa dibayangkan,” kata Saad Abd Rabu, pamanya.

“Anak-anak kami tewas di depan mata kami dan kami dicegah untuk memakamkannya. Orang-orang Israel hanya melepaskan anjing-anjing mereka ke arah jenazah itu, bahkan seakan-akan mereka tidak cukup dengan kekejaman yang telah mereka lakukan itu,” jeritnya.

Biadab

Benar-benar biadab apa yang telah dilakukan oleh teroris Israel itu. Bahkan kekejian di atas benar-benar biadab. Hingga hari ini para penguasa negeri-negeri Muslim masih diam bahkan bersekongkol dengan membiarkan pembantaan terus terjadi.

Media dunia yang dikuasai Israel, menggiring opini seolah-olah tindakan Israel itu wajar. Padahal, lihatlah betap kekejaman mereka lebih dari serangan teroris yang tak beradab. Bohong, jika teroris Israel itu hanya memburu Hamas. Yang terjadi adalah tindakan brutal dan biadab terhadap warga sipil yang kebanyakan mereka anak-anak kecil dan perempuan. Tak puas hanya membunuh warga Gaza, teroris Israel itu juga melepaskan anjing-anjingnya untuk memakan jenazah syuhada Gaza. Biadab!

Sampai kapan kebiadaban Israel ini terhenti? Lalu di manakah para pelindung anak-anak Palestina? Dimanakah tentara-tentara Muslim yang akan menyelamatkan anak-anak Gaza itu? Di manakah tentara-tetara negeri Islam yang akan menyelamatkan ayah dan ibu mereka? Di manakah Amir umat ini?

Sungguh hanya orang yang biadab saja, yang membiarkan Israel membantai Gaza. Lalu mereka menyibukkan diri dengan perundingan sementara mereka memiliki pasukan dan perlengkapan perang. Mereka enggan untuk menyelamatkan Gaza dengan mengerahkan pasukan yang akan menghancurkan penjajah Israel itu! Nasionalisme dan cengkraman PBB telah membuat mereka diam.

Dipetik dari :Hanin Mazaya/syabab/arrahmah.com

Thursday, January 1, 2009

Palestin Hari Ini...

Penduduk 'Arish, Sinai membantu sebilangan mangsa-mangsa(Palestin) serangan Israel dengan membawa ke hospital 'Arish

11.15 malam (waktu Mesir) Demonstrasi di Beirut, Lubnan masih berterusan dengan para penunjuk perasaan membawa lilin. Sempena tahun baru, para penunjuk perasaan berhimpun di hadapan bangunan PBB bagi mengutuk kekejaman Israel. Menurut sumber, parti berhaluan kiri dan parti-parti politik yang sebelum ini sukar bersama tetapi kerana Gaza..mereka bersama di hadapan bangunan PBB. Salah satu kain rentang tertera, "Mesir..ummuddunya, Gaza? bukankah di dunia juga?

[MAP] Hassan Nasrallah(HIZBULLAH): Jika Israel melakukan serangan darat, kekalahan Israel akan bermula setelah berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin(KATAIB IZZUDDIN Al-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN) secara bertentangan.

Beliau berkata sedemikian kerana HAMAS berupaya menggagalkan Israel dalam setiap serangan darat.

[MAP] Raja Faisal ketika sidang akhbar di Kaherah hari ini sempena Pertemuan Menteri-menteri Luar Arab berkata, Majlis Menteri Arab mendesak supaya Israel menghentikan segera serangan di Gaza. Juga menuntut Majlis Keamanan PBB mengeluarkan ketetapan bagi menghentikan serangan di Gaza.

Saat ini, pelbagai bentuk dan tindakan dari sudut diplomasi dan politik digerakkan bagi menghentikan serangan Israel di Gaza yang telah memasuki hari kelima yang bermula pada hari sabtu 27/12/08. Terkini, inisiatif Turki-Arab sedang berusaha menghentikan serangan Israel

[MAP] Lais Shabilat, ahli politik Jordan ketika mengulas pandangan masyarakat awam yang marah kepada kerajaan khususnya Arab berikutan serangan Israel di Gaza. Jam 10.30 malam (waktu Mesir)

Lais berkata, memang itu hak rakyat dan masyarakat awam untuk meluahkan perasaan kerana kerajaan tidak berperanan seperti yang mereka harapkan. Seperti yang dibangkitkan ketika demonstrasi dan tunjuk perasaan, para penunjuk perasaan terutama di Negara-negara Arab mendesak supaya menghalau duta Israel dan memutuskan apa jua bentuk hubungan dengan Israel. Kenapa kerajaan-kerajaan Arab tidak berbuat demikian?

[MAP] Majlis Keamanan PBB akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kedudukan Gaza akibat serangan Israel. Pertemuan tersebut dijadualkan jam 2.00 pagi, Khamis (waktu Makkah Al-Mukarramah)
From Map (01/01/2009 12:51:50 ص): [MAP] 10.02 malam (waktu Mesir), 31/12/08. Kapal perang Israel melepaskan beberapa tembakan ke arah bandar Gaza dari perairan laut Gaza. Sementara itu, pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza. Menurut sumber, Israel menyerang sebuah rumah yang dipercayai milik seorang pejuang Palestin dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN. Bekalan elektrik terputus di Gaza.

[MAP] Israel juga melakukan serangan ke atas garisan sempadan Rafah Mesir hari ini.
From Map (01/01/2009 12:58:21 ص): [MAP] Pejabat Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza diserang jet Israel beberapa kali hari ini mengakibatkan kerosakan teruk berlaku. Di Nusairat, Israel mengebom kawasan latihan ketenteraan bagi pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). 31/12/08

From Map (01/01/2009 01:17:03 ص): [MAP] Tunjuk perasaan di Maghribi berterusan semenjak Israel menyerang Gaza, malah ada sekolah-sekolah kerajaan ditangguhkan pembelajaran kerana mengikuti tunjuk perasaan dan sebagai simpati terhadap Gaza. 30-31/12/08

[MAP] Presiden Tunisia, Zainal Abidin Ali dalam ucapannya membidas pendirian/ketetapan yang lemah bagi menghentikan serangan Israel sambil mengharapkan pihak Arab boleh mengeluarkan pendirian mahupun ketetapan yang bukan sahaja setakat mengutuk tetapi boleh menghentikan seberapa segera serangan Israel. 31/12/08

From Map (01/01/2009 01:43:00 ص): [MAP] Kerajaan Mesir hari ini melarang rakyatnya menyertai mana-mana tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh parti-parti dan NGO di Kaherah. Menurut sumber, seramai 100 telah ditahan pasukan keamanan sebelum sampai ke tempat penunjuk perasaan berada. 31/12/08

Tuesday, December 30, 2008

Gaza Screaming.........

Sebuah klip yang cukup bermakna sebagai peringatan...Lihat,renung dah fikirkan..Apakah kesimpulan dan tindakan kita...Umat Islam kian dijajah, ditindas, malah dibunuh secara 'berjemaah', mampukah kita berbuat apa2 apabila saudara seIslam kita diperlakukan sedemikian rupa...Ya Allah...Hanya doa saja yang ku mampu titipkan, selamatkanlah mereka dari terus dianiaya, jikalau mereka gugur, ganjarkan syahid untuk mereka...

Kita yang masih leka, hanyut dek alunan dan buaian nikmat dunia, sedar2lah...bangkitlah sahabat2ku...sumbangkanlah tenaga dan fikrah untuk mempertahankan agama Islam tercinta...jangan dibiarkan Islam terus dicabuli, dipijak2 oleh zionis yahudi dan musuh2 Islam yang lain...Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..


blogger templates | Make Money Online